Kereta tersayang untuk dijual kerana sudah beranak pinak jadi tiada lagi turbo sana sini tetapi apa yang diperlukan adalah kereta MPV. Sayang tetap sayang namun zaman sudah berlalu jadi harus dilepaskan.
Pemanduan yang sangat lancar anda pasti berpuas hati seperti saya yang membuatkan saya pelik mengapa tidak banyak kereta ini terjual. Value for money 10/10 for me.
Sangat selesa dipandu dan ditumpang samada dipandu laju atau perlahan.
Nak memotong siput tidak sedar diri di lorong kanan? Hanya tekan pedal minyak. Tidak cukup power lagi? Tukar ke sports mode untuk kepuasan maksimum.
Harga yang dipinta hanya RM96278.00 berserta no pendaftaran yang comel. Jika berminat boleh hubungi saya untuk berunding dengan lebih lanjut.
Anda dialu-alukan untuk datang lihat condition dan pandu uji jika berdekatan, jika jauh boleh video call untuk melihat condition kereta. Terima kasih.