Jenama Kereta Terpakai Yang Paling Dipercayai

Pasaran automotif di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan kereta buat pembeli. Walaupun begitu, dalam usaha mencari kereta terpakai, jenama apa yang boleh dipercayai sebagai kegunaan harian?

Di Malaysia kita mempunyai dua buah jenama kenderaan yang sangat dibanggakan untuk dimiliki oleh masyarakat tempatan. Pada setiap jenama itu pula terdapat beratus-ratus jenis model bermula dari awal era ia diasaskan sehinggalah ke hari ini.

Ini belum lagi dikira dari jenama kereta dari luar negara dan merata pelosok dunia. Sudah tentu bagi seorang pengguna kereta terpakai, semua ini secara tidak langsung menjadikan kita dilema untuk memilih yang terbaik.

Namun jangan risau, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai beberapa jenama kereta terpakai yang boleh dipercayai serta berkualiti untuk dibeli dan digunakan sehingga ke hari ini.

10 Jenama Kereta Terpakai Yang Paling Dipercayai

1. Toyota

Jenama Toyota sangat dkenali di seluruh dunia sebagai sebuah kereta yang tahan lasak, mudah untuk dibaiki, dan harga yang berpatutan.

Siapa sangka jenama automotif yang mendapat tempat teratas dalam penyenaraian Jenama Global Terbaik 2022 ini sebenarnya bermula dari menghasilkan mesin untuk tenunan kain yang dikenali sebagai Toyoda Automatic Loom Works.

Toyota Vios dan Toyota Camry antara model yang sangat banyak digunakan di jalan raya oleh masyarakat Malaysia.

Dengan reka bentuk yang unik, ketahanan, dan keistimewaan setiap model yang tersendiri ia telah membuka banyak peluang golongan yang berpendapatan sederhana untuk miliki kereta terbaik.

2. Honda

Jenama yang menjadi lambang kemewahan oleh rata-rata masyarakat Malaysia, itulah ia jenama Honda. Honda Motor Company Ltd diasaskan oleh Soichiro Honda yang telah menjadi sebuah pengeluar motosikal terbesar di dunia sejak 1959 lagi.

Honda City menjadi pilihan ramai golongan muda yang mahukan sesuatu yang lengkap bagi sebuah kereta. Model ini mempunyai reka bentuknya yang sangat sporty dan futuristik, jimat minyak, dan sangat berbaloi untuk dimiliki.

Selain Honda City, Honda Civic juga model yang buat ramai orang tergila-gila di pasaran Malaysia untuk memiliknya.

3. Suzuki

Suzuki adalah jenama kereta dari Jepun juga seiring dengann nama besar seperti Toyota dan Honda.

Suzuki Swift boleh dikatakan sebagai salah satu hatchback yang digemari oleh masyarakat Malaysia khususnya golongan muda. Model ini dilihat sangat “versatile” dan memiliki kemampuan daya penarik yang tersendiri baik dari segi teknikalnya mahupun kemampuan di jalan raya.

4. Perodua

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) merupakan syarikat yang mengeluarkan Automotif Malaysia yang kedua selepas Proton.

Sejak dulu lagi Perodua memfokuskan kepada kereta kompak atau supermini seperti model kebangaannya Perodua Kancil.

“King of the road Malaysia” atau Myvi masih mengekalkan kedudukan mereka dan berada di tangga pertama carta sebagai kereta yang dianggarkan paling banyak di Malaysia.

Myvi menjadi piiihan ramai oleh kerana bentuk yang comel dan futuristik, ruang dalaman yang luas, dan harga yang mampu milik.

5. Proton

Proton merupakan jenama paling “tua” dalam industri automotif Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan kereta nasional pertama Malaysia keluaran 1985 iaitu Proton Saga yang diilhamkan dari model Mitsubishi Lancer Flore dari Jepun.

Dari dulu sehingga sekarang Proton Persona dikatakan sebagai antara model yang paling berjaya di bawah jenama ini. Kereta sedan segmen B ini cukup lengkap dengan kualiti yang padu setanding harganya.

Jika modal tidak “kencang”, model Proton Saga FLX mungkin pilihan yang sesuai untuk dimiliki oleh setiap orang.

6. Mazda

Dalam barisan jenama automotif dari Jepun, Mazda mungkin tidaklah gah seperti jenama besar Toyota, Nissan ataupun Honda. Namun sudah pasti Mazda mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang sedar akan kebaikan jika memilikinya.

Jenama yang menjadi simbol tamadun automotif dan kebudayaan ini hanya bermula dari menghasilkan pembuka botol seawal tahun 1920 dan lalu muncul dengan kenderaan pertama pada tahun 1931 iaitu Mazda-go (sebuah trak ringan yang hanya menggunakan tiga roda).

Jika anda berminat untuk memiliki jenama kereta terpakai yang boleh dipercayai di bawah Mazda, anda boleh cuba Mazda 2 dan Mazda 3.

7. Nissan

Jenama Nissan adalah pengeluar kereta yang kedua terbesar di Jepun dan mula diasaskan pada tahun 1933.

Nissan Almera, Nissan Grand Livina, dan Nissan Teana adalah antara model kereta Nissan yang menjadi perhatian masyarakat Malaysia sejak dulu lagi kerana keistimewaan yang dimilikinya.

8. Hyundai

Siapa yang tidak asing lagi dengan slogan “Drive Your Way” dari jenama kereta yang satu ini. Jenama Hyundai adalah syarikat automotif kereta kelima terbesar di dunia.

Malah tidak hairanlah Hyundai ini memegang takhta pembuat kereta dari Korea yang semakin pesat berkembang sehingga meninggalkan pesaing mereka pembuat kereta dari Jepun.

Contoh kereta terpakai yang terbaik bagi Hyundai adalah Hyundai Elantra dan Hyundai Sonata.

9. Kia

Jenama Kia merupakan kereta tertua di Korea Selatan yang mula diasaskan pada tahun 1944. Syarikat yang bermula dengan menghasilkan peralatan basikal serta pengeluaran basikal Korea yang pertama ini akhirnya menjadi jenama yang gah di seluruh dunia.

Cadangan untuk anda yang gemar dengan jenama Kia, mungkin model Kia Rio dan Kia Sportage antara model yang tidak boleh dilepaskan peluang untuk dimiliki.

10. Lexus

Lexus jenama yang sangat berkait dengan Toyota. Namun bezanya jenama ini lebih memfokuskan kepada kenderaan mewah sehingga menjadikan Lexus sebagai pengeluar kenderaan mewah keempat terbesar di dunia yang bersaing dengan jenama Jerman.

Bagi mereka yang berkemampuan dan tidak kisah bayar lebih untuk kepuasan premium, kereta terpakai di bawah jenama Lexus memang tidak rugi untuk anda cuba dan beli kerana ianya menjanjikan kepuasan yang luar biasa bagi pengemar model mewah.

Diharapkan semoga pembaca semua dapat mendapatkan informasi yang bermanfaat dari perkongsian kami mengenai jenama kereta terpakai yang boleh dipercayai dan berkualiti untuk digunakan ini.

Baca juga: Kereta Terpakai! 5 Model Yang Mempunyai Nilai Second Hand Tertinggi

Dapatkan Jenama Kereta Terpakai Yang Boleh Dipercayai

Jenama kereta sememangnya memainkan peranan yang penting dalam
keputusan pembelian kereta, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kereta terpakai.

Sebagai contoh, ramai yang lebih memilih jenama toyota dan honda kerana merupakan automotive keluaran jepun. Dengan nama sahaja mampu mendapat kredibiliti dan kepercayaan pembeli.

Walaupun begitu, kereta tempatan kita juga tiada kurangnya. Laporan 2021 Carsome menyatakan Perodua Myvi merupakan model kereta pilihan di kalangan pengguna, diikuti Perodua Axia dan Honda City.

Semuanya bergantung pada keperluan dan kemahuan pengguna. Dan tidak dilupakan; penyelidikan yang teliti!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta terpakai dengan lebih mudah, selamat, dan berpatutan harganya, anda boleh layari sahaja www.motortrader.com.my untuk pilihan yang lebih menarik dan menguntungkan.

Selain itu, jangan lupa juga perlindungan buat kereta anda! Gunakan Kod Promo GOMOTOR untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dilindungi. Layari GoInsuran.com sekarang!

Share