Tips Kereta Terpakai: Elak Beli Kereta Banjir!

Menyelidik sebelum membeli kereta itu wajib, lebih-lebih lagi bagi pembeli yang ingin membeli kereta terpakai. Pembeli kini sudah cerdik! Ramai yang telah menyediakan senarai semak perkara yang harus diteliti bagi kereta terpakai. Namun, ada satu aspek yang ramai sering tertinggal daripada senarai mereka iaitu tanda-tanda kereta banjir.

Pada saban hari, banjir bukan lagi satu perkara yang asing buat rakyat Malaysia. Dahulu berita banjir hanya didengari pada hujung tahun pada kawasan pantai timur tetapi kini di tengah-tengah bandaraya pun boleh banjir.

Jikalau banjir musim ketujuh merupakan kejadian tahunan maka banjir kilat pula dilihat sebagai acara bulanan.

Banjir seperti kebanyakan bencana alam yang lain turut menyebabkan kerugian kepada penduduk sekitar. Salah satu kerugian tersebut termasuklah pemilik kereta apabila kereta mereka ditelenggami banjir.

Dengan cuaca yang tidak menentu dan sistem peraritan yang tidak efektif, banjir kilat sering sahaja berlaku ditengah bandar. Menyebabkan kereta anda mempunyai risiko dinaiki dan ditenggelami air.

Bayangkan anda sedang bekerja di pejabat dan dipanggil oleh rakan sekerja yang mengatakan air hujan sudah naik.

Apabila anda lihat di luar tingkap, kereta kesayangan anda sudah ditelenggami air dan semestinya fikiran utama anda adalah kos dan tenaga yang perlu dikeluarkan untuk memperbaiki dan membersihkan kereta anda.

Apa terjadi apabila kereta dinaiki air?

Apabila kereta anda ditenggelami banjir, air boleh memasuki kabin, ruang enjin dan bagasi dengan mudah. Kerosakan pada waktu ini berisiko menjadi besar.

Tetapi ini tidak bermaksud kereta anda sudah menjadi ‘total loss’. Jangan risau, masih berpeluang untuk diperbaiki.

Walaupun begitu, kemungkinan besar kereta tersebut masih akan mempunyai bau yang tidak menyenangkan, bintik-bintik karat yang tersembunyi, dan dalam erti kata lain tidak seperti sediakala.  

Disebabkan itu, ramai yang membuat keputusan untuk melepaskan dan menjual semula sebagai kereta terpakai.

Kebanyakkan penjual akan berterus terang dengan kerosakan atau sejarah kereta. Namun, ada juga penjual yang akan cuba untuk sembunyikan fakta tersebut untuk mendapatkan harga jualan yang lebih tinggi.

Dengan kekerapan kejadian banjir di Malaysia kebelakangan ini, kami tidak mahu anda menjadi mangsa membeli kereta banjir dengan harga yang tidak berpatutan!

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa tips untuk anda mengenal pasti kereta terpakai yang merupakan kereta banjir.

4 Tanda Kereta Terpakai adalah Kereta Banjir

Bau Hapak

Antara perkara yang paling sukar untuk dihilangkan selepas kereta dinaiki banjir adalah bau hapak atau bau lembab.

Walaupun bahagian luar kereta diperbuat daripada material kalis air namun bahagian dalaman kereta adalah sebaliknya. Interior dalaman kereta seperti kusyen penumpang dan alas kaki terdiri daripada bahan yang mudah menyerap air.

Malah, air banjir mempunyai bau yang tidak menyenangkan kerana membawa kotoran seperti sampah sarap, pasir, tanah dan sebagainya.

Selain daripada bau, anda juga boleh rasai dengan menyentuh bahagian dalaman kereta sekiranya terdapat bahagian-bahagian lembab.

Contohnya, sekiranya anda melihat terdapat sedikit kelembapan pada bagian karpet, kemungkinan besar terdapat lebih banyak air yang tersembunyi di bawahnya.

Bau dan kelembapan mungkin kedengaran remeh tetapi jika dibiarkan sahaja, kulat akan mula terbentuk dan ianya boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada kemudian hari. 

Pasir dan Kelodak

Seperti yang sudah diperkatakan, air banjir tidak bersih! Ia membawa pasir, lumpur dan sampah sarap yang berada disekitarnya. Tambahan lagi ia juga telah dicemari oleh najis atau kotoran dari pembentungan atau loji kumbahan yang berdekatan.

Tinggalan pasir dan kelodak pada bahagian luar kereta senang untuk dibersihkan. Basuh kereta sendiri atau hantar sahaja ke kedai. Tambahkan polish sekali, settle!

Namun, hal itu tidak sama bagi bahagian dalaman kereta. Celah-celah lipatan, panel dan lubang kecil pada bahagian dalaman kereta lebih cenderung untuk memerangkap sisa pasir dan kelodak.

Kebanyakkan kalinya bahagian ini sukar untuk dibersihkan kerana sukai untuk dicapai.

Oleh itu, pada sesi uji pandu, ambil kesempatan untuk melihat dengan lebih teliti. Lihat pada panel kerusi, bawah alas kaki dan kawasan-kawasan yang tersembunyi untuk sebarang kesan pasir atau kelodak.

Selain itu, kesan banjir juga boleh dilihat pada ruang enjin kereta. Sisa pasir dan kelodak dalam ruang enjin menunjukkan kesan kereta tersebut pernah ditelenggami banjir sehingga separuh paras kereta.

Tips lebih daripada kami, untuk ketahui paras air dengan lebih lanjut, lihat pada bahagian getah pintu kereta dan buka cover pillar pada kereta tersebut. Sekiranya terdapat kesan kotor maka ia bermaksud kereta telah dinaiki air hingga ke paras bumbung kereta.

Air Dalam Minyak Enjin

Salah satu kerosakan yang sering berlaku pada kereta banjir adalah apabila air memasuki minyak enjin. Kerosakan ini akan memerlukan anda mengeluarkan kos besar untuk diperbaiki.

Walaupun begitu, tidak semua kereta yang dinaiki air bermaksud enjin akan dimasuki air. Lebih baik mengesahkan terlebih dahulu!

Bagaimana? Periksa Dipstick dan penutup minyak enjin. Sekiranya semua seperti biasa ini bermaksud air tidak masuk ke dalam enjin.

Sebaliknya jika terdapat titisan air pada batang celup, ini bermaksud air sudah memasuki enjin. Manakala, jika minyak enjin sudah berubah warna ke warna susu ini bermaksud air sudah bercampur dengan minyak enjin dan proses emulsi telah berlaku.

Sekiranya kereta terpakai yang anda uji pandu mempunyai dua tanda ini, kami menasihati agar teruskan pencarian kereta idaman anda.

Kereta tersebut masih boleh diperbaiki namun kosnya mungkin tidak berbaloi bagi jangka masa yang panjang.

Selain itu, anda juga boleh teliti pada skru dan material besi yang berada di ruangan enjin. Komponen yang berkarat menunjukkan proses oksidasi dan tanda kereta tersebut pernah dinaiki air.

Kerosakan Elektronik

Melainkan anda memandu kereta off-road seperti Toyota Hilux, Ford Ranger atau Mitsubishi Xpander yang memang mempunyai keupayaan untuk meredah air banjir, jangan terlalu yakin untuk meredah banjir!

Terdapat banyak kes dimana kereta hanyut, terterangkap dan seterusnya dinaiki air kerana gagal melepasi kawasan banjir.

Katakan apa sahaja jenis kereta, kereta tidak dicipta untuk ditenggelami air, lebih-lebih lagi secara menyeluruh. Ini adalah kerana risiko mengalami merosakkan pada komponen elektronik penting dalam kereta.

Bagi kereta ‘4-wheel drive’, pengeluar telah mengambil kira semua kedudukan komponen kereta, termasuklah komponen elektronik yang akan dipasang.

Dashboard tidak berfungsi dengan betul, bunyi enjin yang pelik dan kesan kotor pada fuse box dan soket elektronik merupakan tanda-tanda kerosakan banjir.

Kereta Terpakai merupakan Kereta Banjir, Beli atau Elak?

Sekiranya tidak arif, ramai pembeli kereta terpakai boleh terlepas pandang tanda-tanda kerosakan pada kereta banjir. Dan keputusan ini berkemungkinan besar akan mendapatkan masalah dan risiko kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan.

Oleh itu, ianya penting bagi pembeli kereta terpakai untuk meneliti sekiranya kereta terpakai tersebut merupakan kereta banjir.

Jangan terus percaya dengan harga kereta terpakai yang tidak masuk akal dan elak membeli dengan harga pasaran walhal kereta tersebut mempunyai pelbagai risiko kerosakan.

Kemungkinan kereta terpakai tersebut juga merupakan kereta banjir!

Antara bahaya atau risiko membeli kereta banjir:

  • Masalah kesihatan – Jika tidak dibersihkan dengan betul kekotoran, bakteria dan kulat yang terbentuk boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada pemandu dan penumpang.

  • Masalah Enjin – Kos membaiki kereta yang ditenggelam banjir akan menelan kos besar dan pemandu juga tidak akan mendapat jaminan bahawa kereta tersebut akan berfungsi tanpa sebarang masalah pada masa hadapan. Air banjir yang bercampur dengan minyak enjin akan mengakitbatkan komponen dalamana enjin yang boleh mendatangkan masalah pada bila-bila masa sahaja.

  • Waranti Terbatal – Kebanyakan pengeluar kereta tidak meliputi perlindungan daripada bencana alam seperti banjir. Makanya, sebarang kerosakan pada kereta setelah kereta tersebut ditelenggami banjir perlu ditanggung oleh pemilik kereta itu sendiri.

Oleh itu, ianya sangat penting untuk meyelidik sebelum membeli kereta terpakai. Dengan pilihan luas yang telah Motor Trader sediakan, jangan ragu-ragu untuk lepaskan kereta terpakai yang tidak meyakinkan.

Malah, teruskan pencarian dengan tenang dan penuh keyakinan di www.motortraders.com.my untuk kereta terpakai idaman anda!

Baca Juga – Kereta Baru atau Terpakai: Mana Lebih Untung?
Baca Juga – 15 Tips Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Share